Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Jumaat, 18 September 2009

Penyerahan Rumah Daif Kg Jerudong






16hb.September 2009 kira-kira jam 9.00 pagi, satu upacara penyerahan rumah daif Kampung Jerudong kepada Dayang Siah binti Kamis yang mempunyai seramai 11 orang anak. Mereka Suami Isteri tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, suami beliau hanya merupakan nelayan sepenuh masa yang menangkap ikan hanya mengunakan bubu. Kesabaran Dayang Siah binti Kamis menanti bantuan dari Majlis Ugama Islam Brunei akhirnya berbalui apabila rumah tersebut telah siap dibina iaitu melalui Projek Bantuan Perumahan Golongan Daif, Fakir dan Miskin Kementerian hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Perdana Menteri yang mana sumber kewangan pembinaan rumah tersebut adalah daripada kumpulan wang zakat Negara Brunei Darussalam.

Penyerahan rumah Daif tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud. Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri. Menerusi upacara sebegini, ini menunjukkan betapa pemenduliannya kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan diatas setiap permasalahan rakyat Baginda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan