Dimaklumkan kepada penduduk-penduduk yang tinggal di Kg Jerudong dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya bahawa Majlis Perundingan Kg Jerudung akan mengadakan aktiviti seperti berikut:
1.Kempen Membersihkan Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Kg Jerudong dan Sekitarnya.
.
2.Kerja gontong royong membersihkan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kg Jerudong.
.
3.Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung Di Bulan Syaaban.
.
Sehubungan dengan itu kerjasama daripada semua pihak sangat-sangat diharapkan demi menjayakan lagi aktiviti-aktiviti tersebut.
.
Disamping itu penduduk-penduduk Kg Jerudong juga disarankan agar dapat menderma seangkat-angkat hati kepada tabung anak-anak yatim Kg Jerudong.
.
Sebagai makluman juga, sepertimana tahun-tahun sebelumnya, menjelangnya Bulan Ramadhan, Kurnia Kurma Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, dalam sedikit masa lagi InsyaAllah akan diagih-agihkan kepada seluruh Umat Islam yang tinggal di Kampung Jerudong. Sebarang makluman terkini akan disusuli kemudiaan.