Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Khamis, 5 Januari 2012

Perlantikan AJK MPK Jerudong Yang Baru

Rombongan Lawatan Ke Kucing Kali Ke 2



Majlis Perundingan Kampong Jerudong telah mengadakan aktiviti lawatan ke Kucing kali ke 2 iaitu bermula daripada 22.12.2011 hingga 25.12.2011.  Peserta-peserta rombongan telah melawat kilang pembuatan kek lapis Serawak dan berkesempatan melihat cara-cara pembuatan kek lapis berkenaan.


Peserta rombongan juga berkesempatan untuk singgah dirumah Konsaltan Negara Brunei Darussalam yang menetap di Kucing Serawak.


Sambutan Maal Hijrah 1433



14.12.2011. Sambutan Maal Hijrah merupakan aktiviti tahunan yang diikuti dan dilaksanakan oleh MPK Jerudong bagi sama-sama memperbesarkan dan seterusnya merayakan hari-hari kebesaran Islam.  Matlamatnya adalah bagi mewujudkan lagi rasa cinta kepada Agama Islam itu sendiri disamping itu juga melalui aktiviti tersebut ianya mampu menanamkan sikap menjaga kesihatan.  Acara bagi sambutan tersebut adalah melakukan senaman ringan dan seterusnya melakukan walkathon.

Proses Membersihkan Tanah Susur



28.11.2011. Berikutan dengan keadaan musim hujan yang berlarutan, salah sebuah rumah di kampong Jerudong telah ditimpa musibah tanah susur.  Bak kata pepatah Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh, Sepakat Membawa Berkat Asas Hidup Bermasyarakat dan Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Dijinjing Sama, pepetah-pepatah sebeginilah yang cuba diterapkan oleh MPK Jerudong dikalangan penduduk kampong sendiri, sehubungan dengan itu satu aktiviti membersihkan tanah susur berkenaan telah diadakan. Semoga amalan yang berfaedah seperti ini akan terus dilaksanakan dari masa kesemasa.

Bengkel 1 Kampong 1 Produk Serta Lawatan Ke Kuala Belait dan Seria


9.11.2011, Untuk mencapai dan seterusnya merealisasikan matlamat negara bagi sama-sama mewujudkan 1 Kampong 1 Produk, maka MPK Jerudong telah pun mengambil iniseatif mengadakan bengkel 1 Kampong 1 Produk berkenaan. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada penduduk kampung Jerudong sendiri.  Bengkel berkenaan telah diadakan di rumah Ketua Kampong Jerudong sendiri iaitu di kediaman Awg Haji Mohamad Rais Bin Hj Ishak.


15.11.2011, Berikutan daripada bengkel yang telah dilaksanakan sebelumnya, satu aktiviti lawatan ke Kuala Belait dan juga Seria telah dilaksanakan sebagai aktiviti lanjutan bengkel berkenaan. Ianya bertujuan bagi melihat produk-produk yang dihasilkan oleh daerah berkenaan untuk dijadikan panduan dan juga ikutan di masa-masa akan datang.

Rabu, 4 Januari 2012

Perlawanan Gasing Pangkah Di Johor



29.10.2011, Pasukan Gasing Pangkah Kg Jerudong telah mewakili Negara Brunei Darussalam di dalam perlawanan gasing pangkah persahabatan bersama dengan pemain-pemain gasing pangkah Johor. Tahniah dan Syabas diucapakan kepada pasukan gasing pangkah kg Jerudong yang telah diberi kepercayaan untuk membawa nama Brunei ke peringkat luar negara.

Kejadian Angin Kencang Membinasakan 2 Buah Rumah Di Kg Jerudong



Ekoran daripada trajedi angin kencang yang melanda Kg Jerudong, 2 buah rumah telah pun dibinasakan oleh angin tersebut. Maka sehubungan dengan itu, Ketua Kg Jerudong telah pergi meninjau rumah-rumah berkenaan untuk diberikan bantuan yang sepatutnya.

Sambutan 50 Tahun Dewan Bahasa Dan Pustaka


17.9.2011, Bersempena dengan sambutan Jubli Perak penubuhan 50 tahun Dewan Bahasa Dan Pustaka yang telah di adakan di ICC, satu pameran menganai 7 puak yang terdapat di Negara Brunei Darussalam telah pun diadakan yang mana Kampung Jerudong juga telah dipilih untuk menyertai pameran tersebut.

Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Derma Anak Yatim



10.8.2011. Majlis Perundingan Kg Jerudong bersama-sama dengan AJK Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam mengadakan majlis berbuka puasa dan diselajuri dengan penyampaian derma anak yatim.

Membersihkan Tanah Perkuburan



31.7.2011, Seperti lazimnya sebaik sahaja bulan Ramadhan hampir tiba, maka umat Islam Kg Jerudong akan mengadakan kempen membersihkan Tanah Perkuburan yang terdapat di sekitar kawasan Kg Jerudong.  Aktiviti tersebut merupakan aktiviti tahunan yang sering diungkayahkan oleh MPK Kg Jerudong sendiri.

Majlis Bersama Rakyat Sempena Puja Usia Kebawah Duli Yg Ke 65 Tahun Di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddin



24.7.2011 merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat Kebawah Duli yang tinggal di Daerah Brunei Muara iaitu bagi sama-sama beramah mesra bersama Raja yang di kasihi.  Sehubungan dengan itu MPK Jerudong juga tidak ketinggalan mengikuti acara tersebut tanda kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muiizaddin Waddaulah, Raja yang dikasihi dan di sanjung tinggi. Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.

Kempen Kebersihan Pantai Jerudong Dan Kawasan Pasar Jerudong



10.7.2011, MPK Jerudong bersama-sama dengan Jabatan Daerah dan dibantu oleh beberapa pasukan beruniform seperti Jabatan Penjara serta Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan kempen kebersihan pantai jerudong dan kawasan pasar jerudong bagi sama-sama menjaga kecantikan pantai tersebut.  Yang mana seperti  yang dimaklumi pantai Jerudong merupakan salah satu tempat-tempat yang menarik yang terdapat di Kg Jerudong yang menjadi tumpuan ramai terutama para pelancong asing.

Selasa, 3 Januari 2012

MPK Jerudong Menyertai Pameran Dan Jualan Produk Kampong Dan Mukim



Dalam upaca Majlis Perasmiaan Pembukaan Water Front Bandar Seri Begawan, MPK Jerudong tidak ketinggalan untuk di undang bagi mengadakan pameran dan seterusnya penjualan hasil-hasil produk kampung berkenaan bagi sama-sama menjayakan majlis berkenaan. Ini adalah salah satu sumbangan daripada MPK Jerudong sendiri dalam memberikan kerjasama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang dikelolakan oleh Jabatan Bandaran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Lawatan Daripada Sekolah Rendah Tentera Laut Ke MPK Jerudong



Majlis Perundingan Kampung Jerudong menerima kunjungan daripada murid-murid Sekolah Rendah Tentera Laut Muara bagi sama-sama menyaksikan penghasilan daripada Kg Jerudong sendiri seperti Kraft Tangan dan sebagainya. 

Kempen Meracun Babi


4.6.2011. Satu kempen meracun babi hutan telah dijalankan.  Perkara ini dilaksanakan berdasarkan daripada aduan orang ramai terutama pekebun-pekebun di Kampung Jerudong yang mana kebun-kebun mereka telah dibinasakan oleh babi-babi hutan tersebut.

Lawatan Pertama Rombongan MPK Jerudong Ke Kucing



18.3.2011 Serombongan AJK MPK Jerudong telah mengadakan lawatan ke Kucing Serawak bagi tujuan menambahkan lagi pengalaman-pengalaman yang dapat diperolehi melalui lawatan tersebut, bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan.  Perkara ini sangat berguna bagi tujuan melahirkan Majlis Perundingan Kampung yang berkualiti.

Kempen Kebersihan Pantai Jerudong Dilaksanakan Oleh Beach Bun bersama MPK Jerudong




24.4.2011. Pasukan Beach Bun telah mengadakan kempen kebersihan Pantai Jerudong dengan usaha bersama MPK Kg Jerudong bagi sama-sama menjaga keindahan Pantai Jerudong.

Ceramah Motivasi Di Sampaikan Oleh Cikgu Ali Yusri



Beberapa ahli daripada AJK MPK Jerudong telah mengikuti ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Cikgu Hj Yusri di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong. Ceramah motivasi ini merupakan salah satu aktiviti yang mampu mengiat aktifkan lagi ahli-ahli MPK Jerudong terutama dalam bidang berpersatuan terutama di kalangan kumpulan Wanita, Perempuan dan Muslimah Kampong dan Mukim.

Persediaan Bagi Penghakiman Anugerah Kampung Cemerlang MPK Jerudong Sessi 2010-2011



Majlis Perundingan Kampung Jerudong telah membuat persediaan bagi penghakiman Anugerah Kampung Cemerlang sessi 2010-2011. Yang mana, beberapa AJK Tertinggi telah membuat persediaan-persediaan yang perlu dilakukan bagi proses penghakiman yang akan dilakukan kemudian.