Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Selasa, 1 April 2014

Kejohanan Gasing Pangkah Anjuran MPK Jerudong 2013





Pameran Satu Kampong Satu Prodak 2013





Kearah Menanai Wawasan 2035

Mpk Jerudong telah pun membuat beberapa rangka plan strategik seperti berikut:

1. Meningkatkan aspek perekonomian seperti mengembagkan lagi penghasilan pembuatan kraft tangan dan perkhidmatan.

2. Pengurusan dan pentadbiran telah dikemaskinikan agar lebih teratur dan bersistematik.

3. Mengambil berat hal ehwal pendidikan. Seperti menjalinkan hubungan kerjasama dengan institusi pendidikan menengah, rendah dan ugama yang terdapat di kampong Jerudong. Serta memberikan sumbangan seperti Anugerah Pelajar Cemerlang, Kem Motivasi Pelajar dan bimbingan kelas-kelas tambahan.

4. Menekankan aspek-aspek keugamaan, kemasyrakatan, kebudayaan dan sukan. 

Keugamaan :
Seperti mengadakan kelas-kelas bimbingan ugama, kelas mengaji Al Quran dan Mukaddam, mengadakan ceramah-ceramah khas sempena sambutan hari kebesaran Islam.

Kemasyrakatan:
Seperti mengadakan projek bergotong royong, kempen kebersihan, membersihkan tanah perkuburan, memberi bantuan kepada orang-orang daif, pencen umur tua dan kebajikan.

Kebudayaan:
Seperti menghidupkan permainan muzik tradisi hadrah

Sukan:
Seperti bergiat aktif dalam perlawanan tarik kalat tradisi, futsal, bola sepak, gasing dan sukan ria keluarga.

5. Mewujudkan keceriaan kampong. Seperti mengadakan majlis ramah mesra hari raya, memberikan sumbangan cenderahati kepada warga tertua kampong, memberikan anugerah MPK contoh dan MPK berjasa.

2013 Membawa Ristaan Bersejarah

Alhamdulillah pada tahun 2013, MPK Jerudong sekali lagi telah tercalon sebagai Penerima Anugerah Kampong Cemerlang yang mana kejayaan ini merupakan kejayaan 3 tahun berturut-turut. Kejayaan ini merpakan hasil perpaduan serta kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga Majlis Perundingan Kampong Jerudong sendiri. Diharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat agar MPK Jerudong akan terus bergiat lebih maju kehadapan untuk menanai hasrat wawasan negara 2035.