Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Rabu, 6 Mei 2009

Walkathon Maal Hijrah 1430H


Pepatah ada menyatakan bahawa "Otak Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Badan Yang Sihat" Maka untuk menyahut cabaran serta seruan pepatah tersebut, AJK Majlis Perundingan Kg Jerudong bersama-sama dengan Ajk Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Ajk Takmir Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, telah pun mengungkayahkan satu aktiviti riadah iaitu Walkathon Maal Hijrah 1430.

Kejohanan Perlawanan Tarik Kalat Tradisi Antara Mukim-mukim Senegara 2009



Majlis Perundingan Kampung Jerudong telah mengadakan Kejohanan Perlawanan Tarik Kalat Tradisi Antara Mukim-mukim Senegara bagi tahun 2009. Kejohanan tersebut telahpun diadakan pada 24.04.09 dan 26.04.09 yang telah lalu. Kejohan tersebut telahpun berlangsung di Padang Sekolah Rendah Jerudong. Kejohanan tersebut diadakan selama 2 hari, iaitu bagi peringkat saringan dilakukan pada 24.04.09 dan Tetamu Kehormat pada majlis saringan tersebut ialah Yang Mulia Haji Mohd Abdoh Bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Manakala peringkat akhir pula telah berlangsung pada 26.04.09, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan Bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.