Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Jumaat, 18 September 2009

Majlis 3 dalam 1 sepanjang Bulan Ramadhan




Hari Ahad 13hb.September 2009 bertempat di Masjid Al-Ameerah Al-Hajah Maryam Kampung Jerudong, Majlis perundingan Kampung Jerudong bersama-sama dengan ahli takmir masjid berkenaan telah mengadakan 3 aktiviti Kampung yang dijalankan secara serentak iaitu:
1. Khatam Al-Quran
2. Tahlil dan Doa Arwah
3. Penyempaian Derma kepada Anak-Anak yatim Kampung Jerudong yang berdaftar dan Majlis bersungkai yang dihadiri kira-kira lebih kurang 700 orang pada majlis tersebut.

Tetamu ke Hormat Majlis berkenaan adalah Setiausha Tetap Jabatan Perdana Menteri Awang Sa Bali bin Abas yang juga berkesudian untuk menyampaikan derma kepada 19 orang anak yatim Kampung Jerudong.

Selaku Ketua kampong Jerudong, Derma-Derma daripada Pendudok Kampung Jerudong yang sama-sama bertanggongjawab membantu Anak-anak Yatim adalah sangat-sangat dihargai ini adalah kerana barang siapa yang menghulurkan sedekah dan membantu Anak-Anak yatim adalah besar ganjaranya, hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya dan mampu membalasnya. Kesedaran umat Islam tentang sedekah itu adalah sangat-sangat disanjung tinggi dan dihargai oleh masyarakat Kampung Jerudong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan