Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Isnin, 31 Ogos 2009

Kempen Kebersihan Kawasan Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong

Puasa bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Semangat kerjasama dan bergotong royong dapat dipupuk melalui aktiviti sebegini.

Golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa masing-masing melakukan tugasan mereka yang tersendiri.


Penyampaian cendera hati kenangan-kenangan kepada anggota pasukan Bomba dan Penyelamat yang telah pun disampaikan oleh Yang Mulia Awg Hj Mohd Rais bin Hj Ishak, Ketua Kg Jerudong.

Ahad 30.08.09, Bulan Ramadahan bukan penghalang untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah apatah lagi aktiviti-aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang berkebajikan. Menyedari hal tersebut majlis Perundingan Kampung Jerudong dan ahli jawatankuasa takmir masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong telah pun sama-sama mengadakan kempen kebersihan kawasan Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam dengan dibantu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Cawangan Kg Jerodong. Ada pun diantara objektif kempen tersebut diadakan adalah bagi bertujuan memupuk semangat bersatu padu, bergotong royong dan menimbulkan rasa Ukhwah sesama Islam disamping ianya dapat mengeratkan lagi silatur rahim antara penduduk Kg Jerodong dan kawasan sekitarnya.

Aktiviti Membersihkan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kg Jerudong

Sekitar kawasan perkuburan Jelutong.

Sekitar tanah perkuburan Polo (Sungai Puchong).
Jumaat 21.08.09 yang telah lalu, majlis Perundingan Kampung Jerudong beserta ahli-ahlinya telah mengadakan kerja gotong royong membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam Kg Jerudong. Kempen tersebut telah pun dilakukan secara serentak pada 3 tempat tanah perkuburan yang berasingan iaitu Tanah perkuburan Jelutong, Tanah perkuburan Polo (sungai Puchong) dan Tanah perkuburan Bebandai (Ambun). Pada hari berkenaan majlis tahlil bagi setiap tanah perkuburan yang dibersihkan juga diadakan.

Doa Arwah Sekampong 16.08.09

Bacaan Tahlil dan seterusnya Doa Tahlil telah pun diketuai oleh Yang Mulia Awg Hj Abd Aziz bin Hj Abd Ghani selaku Pegawai Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam, Kg Jerudong.
Di antara jemaah-jemaah yang hadir pada majlis tersebut.


Majlis menikmati jamuan.


Seperti lazimnya apabila tibanya sahaja bulan Ramadhan, Majlis Doa Arwah Sekampong merupakan salah satu aktiviti yang mengisi jadual aktiviti tahunan Majlis Perundingan Kampung Jerudong bersama-sama dengan ahli jawatankuasa takmir Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam. Yang mana majlis tersebut telah pun berlangsung pada 16.08.2009 hari Ahad, bertempat di dewan serba guna Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kampung Jerudong. Majlis tersebut telah dihadiri oleh penduduk-penduduk Kampung Jerudong dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Khamis, 13 Ogos 2009

Subuh Keliling, Indonesia lawat Brunei


Indonesian visitors tour local mosques to strengthen ties


Kumpulan Suling Lawat Brunei


Panel hakim AKC melawat Kg Rimba, Jerudong dan Bunut


Village heads distribute dates for Ramadhan


Kempen Kebersihan Kawasan Pasar dan Pantai Jerudong

MPK Jerudong menyahut saranan daripada Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak influenza A H1N1 iaitu dengan mengadakan kempen kebersihan secara besar-besaran yang melibatkan agensi-agensi kerajaan melalui Jabatan Daerah Brunei Muara seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Di Raja Brunei dan ahli-ahli jawatankuasa majlis Perundingan Kampung Jerudong dan Mukim Sengkurong.