Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Ahad, 10 Januari 2010

Makluman

Dimaklumkan kepada penduduk-penduduk Kampong Jerudong dan mukim Sengkurong bahawa:
Acara : Walkathon Maal Hijrah.
Pada : 17.01.10
Hari : Ahad
Tempat : Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong (Berlepas).
Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong (Tamat).
Bagi Peserta Lelaki.
: Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong (Berlepas).
Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong (Tamat).
Bagi Peserta Perempuan.
Penganjur: Anjuran bersama MPK Jerudong, Takmir Masjid Al Hajjah Maryam Kg
Jerudong dan Takmir Masjid Sultan Syarif Ali Kg Sengkurong.
Sehubungan dengan itu penduduk-penduduk kampung dialu-alukan untuk menyertai walkathon tersebut.

Kampong Jerudong Makin Maju Setapak Lagi Dalam Menghasilkan Produk-produk Kampong

Kandang Ternakan Kambing. Lebih kurang 200 ekor kambing betina terdapat didalam ladang ternakan tersebut.

Ternakan kambing ini telah menghasilkan lebih kurang 64 ekor anak kambing yang baru lahir


Ladang Sayur-sayuran. Diantara sayur-sayuran yang ditanam adalah seperti sawi putih, sawi hijau, bayam dan kacang panjang



Pokok buah-buahan seperti pokok buah jambu batu, limau manis, cempedak dan nangka.


Tanaman pokok pisang juga mula dikoprasikan


Rumah Cendawan


Alhamdulillah Kampong Jerudong semakin maju setapak kehadapan lagi dalam menghasilkan produk-produk kampung yang berkualiti. Jika sebelum ini sepertimana yang diketahui bahawa Kampung Jerudong terkenal dengan hasil anyamannya dan kini Kampong ini mula mengorak langkah baru sebagai satu usaha bagi menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan produk-produk tempatan bagi keperluan dalam negara dan seterusnya luar negara insyaAllah. Seperti mana gambar-gambar yang terdapat di atas, produk-produk yang mula dihasilkan ialah seperti produk ternakan iaitu ternakan kambing. Selain itu produk tanam-tanaman juga telah mula diungkayahkan kearah melahirkan ladang-ladang komersial seperti tanaman sayur-sayuran, pokok buah-buahan tempatan dan juga tanaman cendawan. Usaha-usaha seperti ini akan sentiasa dipergiatkan dan dipertingkatkan penghasilannya dari masa kesemasa.

Jualan Amal Bagi Mangsa-mangsa Banjir Di Philipina dan Gempa Bumi Di Indonesia


24.12.2009 hingga 30.12.2009 Jabatan Daerah telah pun mengadakan jualan amal bagi mengutip derma mangsa-mangsa banjir di Philipina dan juga mangsa-mangsa gempa bumi Indonesia. Sehubungan dengan itu MPK Jerudong juga tidak ketinggalan bagi sama-sama menyertai jualan amal tersebut. Hasil produk-produk kampong Jerudong turut dijual dalam jualan amal tersebut. Diantaranya ialah barang-barang anyaman, kuih muih, kraft tangan dan banyak lagi.

Aktiviti Menganyam Di Dekomantasikan Oleh Pihak RTB

Tunjuk cara pembuangan duri daun pandan untuk dijadikan bahan anyaman yang di demonstrasikan oleh Dyg Hjh Raya Bte Hj Hujan.

Tunjuk cara proses-proses penganyaman.


Proses mengnyam dilakukan.

Sebahagian daripada hasil anyaman yang telah direka bentuk sebagai bantal.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Majlis Perundingan Kampong Jerudong mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru masihi 2010. Semoga di tahun baru ini, Kampong Jerodong akan lebih maju kehadapan demi menyahut seruan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam. Marilah kita semua sama-sama berhijrah daripada perkara yang tidak baik kepada perkara-perkara yang baik, berhijrah daripada perkara baik kepada perkara yang lebih baik dan begitulah seterusnya. Amalkanlah cara hidup bermuafakat sebagai asas hidup bermasyarakat. Masyarakat harmoni, masyarakat ceria akan melahirkan sebuah negara yang mengamalkan hidup yang rukun dan damai sesuai dengan cita-cita Baginda Sultan untuk melihat Negara Brunei Darussalam sebagai "Baldatun Thoibatun"

Penghakiman Peringkat Kebangsaan Anugerah Kampong Cemerlang 2009 bagi Kampong-kampong yang berada di Daerah Brunei Muara.

Diantara hakim-hakim yang menghakimi pertandingan tersebut bergambar ramai bersama-sama dengan AJK MPK Jerudong.

Proses-proses penghakiman sedang dijalankan

23.11.2009. Kampong Jerudong merupakan diantara 5 buah kampong yang berjaya memasuki penghakiman peringkat Akhir Kebangsaan bagi anugerah kampong cemerlang 2009. Alhamdulillah Kampong Jerudong telah pun berjaya terpilih sebagai 5 buah Kampong Terbaik yang akan dipertandingakan lagi untuk mencari pemenang pertama bagi anugerah kampong cemerlang bagi daerah Brunei Muara. Penghakiman ini telah pun berlangsung dikediaman Ketua Kampong Jerudong. Semoga Kampong Jerudong akan lebih maju jaya dari masa kesemasa.

Majlis Ibadah Korban 1430 H

Ketua Kg Jerudong membacakan nama-nama ahli yang turut serta di dalam ibadah korban berkenaan.

Ahli-ahli jawatankuasa bergambar ramai.

Kerjasama, muafakat, sepakat dan tolong menolong dapat dipupuk melalui majlis korban ini.



Ahad, 29.11.2009. Majlis Perundingan Kampong Jerudong bersama dengan AJK Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajah Maryam telah mengadakan majlis ibadah korban bagi tahun 1430 H. Pada tahun ini lebih kurang 8 ekor kerbau telah pun dikorbankan. Antara lain tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengisi projek tahunan MPK dan juga takmir masjid disamping sama-sama membesarkan lagi hari-hari kebesaran Islam.