Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Khamis, 30 Disember 2010

Walkathon Maal Hijrah 1432

Seperti lazimnya, setiap tahun, bagi memperbesarkan sambutan Awal Tahun Hijrah, Walkathon Maal Hijrah 1432 telah pun diungkayahkan, aktiviti tersebut merupakan anjuran bersama Takmir Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong, Takmir Masjid Al Ameera Al Hajjah Maryam Kg Jerudong dan MPK Kg Jerudong.  Walkathon tersebut bermula dari Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam dan berakhir di Masjid Sultan Sharif Ali.


Aktiviti Senam Sihat Anjuran Kementerian Kesihatan


Aktiviti Senam Sihat anjuran Kementerian Kesihat telah di adakan di kawasan letak kereta Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong yang mana bertujuan bagi mengalakkan warga Negara Brunei Darussalam khususnya warga mukim sengkurong sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.  Justeru itu, AJK MPK KG Jerudong juga tidak ketinggalan untuk menyertai aktiviti berkenaan.

Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan Membuat Lawatan Ke Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam

Pada hari terakhir lawatan, rombongan Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan juga diberi peluang untuk mengadakan beberapa aktiviti-aktiviti lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan juga menarik yang terdapat di Negara Brunei Darussalam ini. Antara tempat yang turut dilawati adalah Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam yang terdapat di Kg Jerudong sendiri. 


Majlis Makan Malam AJK MPK Kg Jerudong dengan Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan


Pada sebelah malam, para rombongan daripada Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan di bawa ke satu majlis Makan Malam bersama-sama dengan AJK MPK Kg Jerudong.  Dengan adanya majlis-majlis berkenaan, para peserta berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat serta buah fikiran terutama di dalam sama-sama memajukan kampong masing-masing.  Ini lah di antara salah satu objektif lawatan yang hendak dicapai.

Perlawanan Futsal Persahabatan

Pada 20 November 2010, bertempat di Dewan Hangar JKR, Majlis Perundingan Kg Jerudong telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan.  Perlawanan tersebut merupakan salah satu daripada perisian aktiviti lawatan Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan ke Kg Jerudong.  Diharap dengan adanya perlawanan persahabatan tersebut akan mengeratkan lagi hubungan di antara kedua belah pihak.


Selasa, 16 November 2010

Kunjungan Daripada Perbadanan Labuan Ke MPK Jerudong

Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan akan membuat kunjungan ke MPK Jerudong pada 20-21. November 2010.  Di antara aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sepanjang kunjungan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Perlawanan Futsal Persahabatan.
  2. Melawat tempat-tempat menarik seperti Bukit Shahbandar dan Pantai Jerudong.
  3. Makan Malam.
  4. Pertukaran Cenderamata.
Kunjungan ini merupakan jalinan persahabatan di antara kedua belah pihak dan diharap dengan adanya kunjungan itu nanti, sedikit sebanyak ianya akan memberikan menfaat pada semua pihak khususnya MPK Jerudong agar terus bergiat aktif dan semakin maju kehadapan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha



Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga Kampong Jerudong dan sekitarnya, bahawa bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1431 H bersamaan 2010 M, Majlis Perundingan Kampong Jerudong bersama-sama dengan AJK Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam akan mengadakan Majlis Ibadah Korban seperti berikut :

Tarikh: 18.11.2010
Hari : Khamis.
Jam: 9.30 pagi hingga 11.30 pagi (mengagih-agihkan daging korban)
Tempat : Kawasan Masjid Al Ameerah Hajjah Maryam, Jerudong.

Daging-daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, warga emas yang tinggal di kampung Jerudong.

Pada tahun ini sebanyak 14 ekor Kerbau dikorbankan dan sebanyak  2 ekor Kerbau dijadikan sebagai aqikah.  Dalam hal ini Ketua Kg Jerudong merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang melakukan ibadah kurban tersebut dan perkara ini juga sangat-sangat dihargai. Hanya Allah sahajalah yang akan memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda Amin.

Sehubungan dengan itu, Penduduk-penduduk Kampong diminta sama-sama menghadirkan diri pada majlis berkenaan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.  Bantuan daripada biskita semua sangat-sangat diharapkan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha Tulus Ikhlas Daripada Majlis Perundingan Kampong Jerudong.

Ahad, 23 Mei 2010

Program Belia Cinta Tanah Air

Pada 23hb.Febuari 2010 bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, Majlis Perundingan Kampung Jerudong juga ikut serta dalam Program Belia Cinta Tanah Air melalui Majlis Perundingan Mukim Sengkurong selam 3 hari.



Program Belia Cinta Tanah Air telah memberikan peluang serta pengalaman baru bagi para belia untuk melawat dan melihat sendiri sebahagian dari produk Kampung Jerudong seperti Ternakan Kambing di ladang ternakan Haji Yahya bin Mohamad, melihat dan mempelajari cara membuat kueh tempatan seperti kueh Sapit dan Meroko yang diusahakn oleh Hajha Rosnah binti Abu Bakar dan Anak-anak ia itu Irmas Enterprise. Belia-belia juga berkesempatan melihat cara-cara menganyam bakul, tekiding dan lain-lain iaitu yang dipamerkan di Rumah Ketua Kampugn Jerudong.

Mendirikan Tiang Rumah Bantuan Dayang Bintang Binti Sabtu


Pada 10hb.Mac 2010 yang lalu telah diadakan upacara mendirikan tiang rumah bantuan bagi Dyg.Bintang binti Sabtu yang bertempat di Kampung Jerudong. Bantuan ini adalah melalui Jabatan Daerah Brunei dan Maura, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Majlis Ugama Islam dan Jabatan Pembangunan Masyarakat. Upacara mendirikan  tiang tersebut telah dimulai oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Dato Paduka Haji Mohd.Yusof bin Bakar, Pegawai Daerah Brunei dan Muara.


Lawatan Sambil Belajar Penuntut-penuntut UBD

Pada 7hb.Mac 2010 Penuntut dari UBD telah mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar iaitu bagi sama-sama menyaksikan cara-cara memproses daun pandan untuk bagi bahan pewarna yang akan dijadikan hasil kraftangan Kampung Jerudong.





Sabtu, 8 Mei 2010

Kg Jerudong Terpilih Sebagai Calon Penerima Anugerah Kampong Cemerlang Bagi Tahun 2010

Pada 13hb.Febuari 2010 sejarah bagi Majlis Perundingan Kampung Jerudong kerana telah terpilih Anugerah Kampung Cemerlang seluroh Negara ia itu seramai 15 buah Kampung. Majlis Perundingan Kampung Jerudong telah menerima Wang Tunai sebanyak $ 3,000.00 sebagai hadiah sagu hati dan Sijil penyertaan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Kejayaan Majlis Perudingan Kampung Jerudong merupakan satu kejayaan bersama yang mana anugerah yang diberikan tersebut bukanlah sesuatu anugerah yang mudah untuk diperolehi, jika tidak kerana Ahli Jawatankuasa memberikan kerjasama dalam menjalankan aktiviti-akitiviti Kampung, kemasyarakan, keugamaan, sosial, perkenomian dan lain-lain.










Walkathon Maal Hijrah 1431

17.01.10 , Ahad, Aktiviti Walkathon Maal Hijrah telah dilaksanakan. Yang mana aktiviti ini merupakan anjuran bersama MPK Jerudong, Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong dan Takmir Masjid Sultan Syarif Ali Kg Sengkurong. Bagi peserta lelaki tempat berlepas adalah di Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong hinggalah menuju ke Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong sebagai tempat penamat. Manakala bagi peserta wanita pula, Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong merupakan tempat berlepas dan Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong tempat penamat.

Peserta-peserta mengadakan sessi senaman ringan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan mereka



Diantara peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti walkathon Maal Hijrah tersebut.


Peserta-peserta wanita yang telah menamatkan perjalanan mereka dan berkumpul di Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam bagi menikmati jamuan yang telah disediakan.

Ahad, 10 Januari 2010

Makluman

Dimaklumkan kepada penduduk-penduduk Kampong Jerudong dan mukim Sengkurong bahawa:
Acara : Walkathon Maal Hijrah.
Pada : 17.01.10
Hari : Ahad
Tempat : Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong (Berlepas).
Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong (Tamat).
Bagi Peserta Lelaki.
: Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong (Berlepas).
Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong (Tamat).
Bagi Peserta Perempuan.
Penganjur: Anjuran bersama MPK Jerudong, Takmir Masjid Al Hajjah Maryam Kg
Jerudong dan Takmir Masjid Sultan Syarif Ali Kg Sengkurong.
Sehubungan dengan itu penduduk-penduduk kampung dialu-alukan untuk menyertai walkathon tersebut.

Kampong Jerudong Makin Maju Setapak Lagi Dalam Menghasilkan Produk-produk Kampong

Kandang Ternakan Kambing. Lebih kurang 200 ekor kambing betina terdapat didalam ladang ternakan tersebut.

Ternakan kambing ini telah menghasilkan lebih kurang 64 ekor anak kambing yang baru lahir


Ladang Sayur-sayuran. Diantara sayur-sayuran yang ditanam adalah seperti sawi putih, sawi hijau, bayam dan kacang panjang



Pokok buah-buahan seperti pokok buah jambu batu, limau manis, cempedak dan nangka.


Tanaman pokok pisang juga mula dikoprasikan


Rumah Cendawan


Alhamdulillah Kampong Jerudong semakin maju setapak kehadapan lagi dalam menghasilkan produk-produk kampung yang berkualiti. Jika sebelum ini sepertimana yang diketahui bahawa Kampung Jerudong terkenal dengan hasil anyamannya dan kini Kampong ini mula mengorak langkah baru sebagai satu usaha bagi menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan produk-produk tempatan bagi keperluan dalam negara dan seterusnya luar negara insyaAllah. Seperti mana gambar-gambar yang terdapat di atas, produk-produk yang mula dihasilkan ialah seperti produk ternakan iaitu ternakan kambing. Selain itu produk tanam-tanaman juga telah mula diungkayahkan kearah melahirkan ladang-ladang komersial seperti tanaman sayur-sayuran, pokok buah-buahan tempatan dan juga tanaman cendawan. Usaha-usaha seperti ini akan sentiasa dipergiatkan dan dipertingkatkan penghasilannya dari masa kesemasa.

Jualan Amal Bagi Mangsa-mangsa Banjir Di Philipina dan Gempa Bumi Di Indonesia


24.12.2009 hingga 30.12.2009 Jabatan Daerah telah pun mengadakan jualan amal bagi mengutip derma mangsa-mangsa banjir di Philipina dan juga mangsa-mangsa gempa bumi Indonesia. Sehubungan dengan itu MPK Jerudong juga tidak ketinggalan bagi sama-sama menyertai jualan amal tersebut. Hasil produk-produk kampong Jerudong turut dijual dalam jualan amal tersebut. Diantaranya ialah barang-barang anyaman, kuih muih, kraft tangan dan banyak lagi.

Aktiviti Menganyam Di Dekomantasikan Oleh Pihak RTB

Tunjuk cara pembuangan duri daun pandan untuk dijadikan bahan anyaman yang di demonstrasikan oleh Dyg Hjh Raya Bte Hj Hujan.

Tunjuk cara proses-proses penganyaman.


Proses mengnyam dilakukan.

Sebahagian daripada hasil anyaman yang telah direka bentuk sebagai bantal.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Majlis Perundingan Kampong Jerudong mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru masihi 2010. Semoga di tahun baru ini, Kampong Jerodong akan lebih maju kehadapan demi menyahut seruan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam. Marilah kita semua sama-sama berhijrah daripada perkara yang tidak baik kepada perkara-perkara yang baik, berhijrah daripada perkara baik kepada perkara yang lebih baik dan begitulah seterusnya. Amalkanlah cara hidup bermuafakat sebagai asas hidup bermasyarakat. Masyarakat harmoni, masyarakat ceria akan melahirkan sebuah negara yang mengamalkan hidup yang rukun dan damai sesuai dengan cita-cita Baginda Sultan untuk melihat Negara Brunei Darussalam sebagai "Baldatun Thoibatun"

Penghakiman Peringkat Kebangsaan Anugerah Kampong Cemerlang 2009 bagi Kampong-kampong yang berada di Daerah Brunei Muara.

Diantara hakim-hakim yang menghakimi pertandingan tersebut bergambar ramai bersama-sama dengan AJK MPK Jerudong.

Proses-proses penghakiman sedang dijalankan

23.11.2009. Kampong Jerudong merupakan diantara 5 buah kampong yang berjaya memasuki penghakiman peringkat Akhir Kebangsaan bagi anugerah kampong cemerlang 2009. Alhamdulillah Kampong Jerudong telah pun berjaya terpilih sebagai 5 buah Kampong Terbaik yang akan dipertandingakan lagi untuk mencari pemenang pertama bagi anugerah kampong cemerlang bagi daerah Brunei Muara. Penghakiman ini telah pun berlangsung dikediaman Ketua Kampong Jerudong. Semoga Kampong Jerudong akan lebih maju jaya dari masa kesemasa.

Majlis Ibadah Korban 1430 H

Ketua Kg Jerudong membacakan nama-nama ahli yang turut serta di dalam ibadah korban berkenaan.

Ahli-ahli jawatankuasa bergambar ramai.

Kerjasama, muafakat, sepakat dan tolong menolong dapat dipupuk melalui majlis korban ini.



Ahad, 29.11.2009. Majlis Perundingan Kampong Jerudong bersama dengan AJK Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajah Maryam telah mengadakan majlis ibadah korban bagi tahun 1430 H. Pada tahun ini lebih kurang 8 ekor kerbau telah pun dikorbankan. Antara lain tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengisi projek tahunan MPK dan juga takmir masjid disamping sama-sama membesarkan lagi hari-hari kebesaran Islam.