Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Sabtu, 17 Januari 2009

Salah Sebuah Sekolah Rendah Di Singapura Membuat Lawatan Ke Sekolah Rendah Jerudong

Perwakilan daripada Negara Singapura dan juga Guru-guru Sekolah Rendah Jerudong sama-sama menyaksikan persembahan daripada murid masing-masing.

Acara pengenalan kebudayaan tidak ketinggalan untuk di persembahkan. Acara Papat Jambul dipersembahkan kepada perwakilan Singapura dan mereka juga diberi peluang untuk sama-sama mencoba acara tersebut.

Murid-murid membuat persembahan.

Sekolah Rendah Jerudong dan juga salah sebuah sekolah rendah Singapura telah mengadakan program pertukaran aktiviti-aktiviti murid masing-masing perwakilan yang mana pada tahun 2008 yang telah lalu, Sekolah Rendah Jerudong telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah dan seterusnya mengalu-alukan ketibaan rombongan daripada Singapura. Tetamu Kehormat Majlis pada hari tersebut adalah Yang Mulia Hj Mohd Rais Bin Hj Ishak, Ketua Kampung Jerudong, yang juga berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan mereka.

Jumaat, 16 Januari 2009

Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Kepada Awg Hasan Bin Mahal @ Jamaluddin

Hj Mohd Rais Bin Hj Ishak, Ketua Kg Jerudong di dalam ucapan alu-aluan beliau pada majlis tersebut.
Ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dato Paduka Hj Mohd Yusof Bin Bakar, Pegawai Daerah Brunei Muara.
Tetamu Kehormat bersama-sama dengan Para Jemputan yang lainnya.

Tetamu Kehormat menyerahkan kunci rumah kepada Awg Hasan.

Majlis perasmian dan juga pembukaan rumah bantuan tersebut.


Para jemputan masuk kedalam rumah bagi sama-sama melihat keadaan rumah bantuan yang diberikan.


Melalui pemerhatian dan juga pemendulian Ketua Kg Jerudong serta Majlis Perundingan Kampung Jerudong, bantuan bagi pembinaan Rumah Bantuan terhadap Awg Hasan Bin Mahal telah dapat diungkayahkan. Yang mana pembinaan rumah tersebut adalah di atas kerjasama beberapa pihak yang berkenaan seperti Jabatan Daerah Brunei Muara, Majlis Ugama Islam, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Tanah, Jabatan Ukur dan beberapa perwakilan daripada pihak swasta antaranya Alam Bina Sdn Bhd. Maka di atas pemendulian semua pihak inilah terhasilnya rumah bantuan bagi Awg Hasan serta keluarga agar beliau dapat menjalani kehidupan harian beliau dengan lebih selesa lagi. berbanding dengan keadaan rumah beliau sebelumnya. Maka dengan ini pihak MPK Jerudong tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan projek tersebut. Semoga amalan mulia ini akan sentiasa berkekalan dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelbagai pihak sama ada pihak Kerajaan mahu pun pihak bukan kerajaan.

Selasa, 13 Januari 2009

Kempen Kebersihan Pantai Jerudong 2008

Pantai Jerudong
Keindahan Khazanah Alam perlu dijaga, Inilah salah satu eko pelancongan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.



Aktiviti bergontong royong membersihkan kawasan pantai jerudong.



Aktiviti ini telah dijayakan serta diungkayahkan oleh pelbagai pihak terutama penduduk Kg Jerudong sendiri. Pihak Jawatankuasa tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam aktiviti membersih Pantai Jerudong pada hari berkenaan. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalas budi baik biskita semua.

Majlis-majlis Pengislaman Saudara-saudara Baru Di Kg Jerudong

Majlis Pengislaman Awg Zaini Mari serta keluarga yang kini dikenali sebagai Awg Mohd Zaini Bin Abdullah Mari.
Awg Mohd Zaini bersama-sama keluarga beliau semasa acara pengucapan dua kalimah syahadah dijalankan.

Beliau menerima cenderamata yang disumbangkan oleh Pusat Dakwah Islamiah.
Pendikir-pendikir yang terdiri daripada belia-belia kg Jerudong sendiri yang diketuai oleh Cikgu Hj Narawi Bin Hamdan, bagi sama-sama memeriahkan majlis pengislaman tersebut.

Proses Pembuatan Gegawi

Penduduk Kg Jerudong juga berkeboleh di dalam pembuatan gegawi, gegawi yang diperbuat daripada kayu. Diantara jenis kayu yang digunakan dalam pembuatan gegawi ini ialah kayu Kulimpapa.

Kraft Tangan Hasil Ciptaan Penduduk Kg Jerudong

Penduduk-penduduk Kampung bersama-sama membuat kraft tangan, sebagai aktiviti dan juga mencari hasil pendapatan mereka masing-masing.

Hasil kraft tangan yang telah siap dan akan dijual kepada sesiapa saja yang berminat, dengan harga yang berpatutan.
Nyiru dan bakul yang diperbuat daripada buluh.


Tekiding yang diberikan sentuhan warna menarik, gabungan traditional dan juga moden. Corak anyaman adalah "Buah Bunut"

Sabtu, 10 Januari 2009

Blog Rasmi Majlis Perundingan Kampong Jerudong.

Majlis Perundingan Kampung Jerudong, mukim Sengkurong kini mengemaskinikan struktur organisasi dan juga struktur pentadbiran. Ini adalah bertujuan bagi memudahkan penduduk-penduduk Kampung Jerudong khasnya dan warga Negara Brunei Darussalam amnya untuk mengikuti serta mengetahui perkembangan dari masa kesemasa mengenai MPK Jerudong itu sendiri.
Ada beberapa aspek yang telah ditetapkan oleh MPK Jerudong bagi sama-sama mengemaskinikan serta menjayakan Majlis Perundingan Kampung itu sendiri, di antaranya:
  1. Aspek Pengurusan dan Pentadbiran.
  2. Aspek Perekonomian (Produk Kampung).
  3. Aspek Mesra Alam, Keindahan, Keceriaan dan Kebersihan.
  4. Aspek Projek dan Aktiviti.
  5. Aspek Kebajikan dan Kemasyarakatan.
  6. Aspek Keagamaan.
  7. Aspek Kemahiran, Pendidikan dan Info-Komunikasi.

Aspek-aspek inilah yang akan cuba untuk diketengahkan dan dijayakan dari masa kesemasa.