Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Rabu, 6 Mei 2009

Walkathon Maal Hijrah 1430H


Pepatah ada menyatakan bahawa "Otak Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Badan Yang Sihat" Maka untuk menyahut cabaran serta seruan pepatah tersebut, AJK Majlis Perundingan Kg Jerudong bersama-sama dengan Ajk Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Ajk Takmir Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, telah pun mengungkayahkan satu aktiviti riadah iaitu Walkathon Maal Hijrah 1430.

Kejohanan Perlawanan Tarik Kalat Tradisi Antara Mukim-mukim Senegara 2009



Majlis Perundingan Kampung Jerudong telah mengadakan Kejohanan Perlawanan Tarik Kalat Tradisi Antara Mukim-mukim Senegara bagi tahun 2009. Kejohanan tersebut telahpun diadakan pada 24.04.09 dan 26.04.09 yang telah lalu. Kejohan tersebut telahpun berlangsung di Padang Sekolah Rendah Jerudong. Kejohanan tersebut diadakan selama 2 hari, iaitu bagi peringkat saringan dilakukan pada 24.04.09 dan Tetamu Kehormat pada majlis saringan tersebut ialah Yang Mulia Haji Mohd Abdoh Bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Manakala peringkat akhir pula telah berlangsung pada 26.04.09, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan Bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Khamis, 9 April 2009

Penghasilan Produk Kampong Jerudong

Majlis Perundingan Kg Jerudong pada masa ini dapat menghasil produk kampung seperti:

  1. Kraf Tangan (anyaman-anyaman).
  2. Pertukangan Tangan
  3. Kueh Asli Brunei seperti kueh sapit, meroko dan buah ulu.

Produk-produk tersebut bolehlah diperolehi melalui:

  1. Kraf tangan boleh didapati dari:
  • Dyg Hjh Raya Bte Hj Ujan.
  • Dyg Hjh Siput Bte Dagang
  • Hjh Mariam Bte Kamis.
  • Hjh Niga Bte Sabtu.

2. Pertukangan Tangan boleh didapati:

  • Hj Kahan Bin Hj Bakir.

3. Kueh Mueh boleh didapati dari:

  • Irmas Enterprise

No 37 Spg 544-22 Kg Jerudong

Tel: +6738775829

Kepada sesiapa saja yang berminat untuk memperolehi hasil produk tersebut bolehlah menghubungi ketua kampong Jerudong atau pun terus saja berhubung kepada nama-nama yang disebut di atas.

Kursus Induksi Penghulu dan Ketua-ketua Kampong yang berkhidmat 5 tahun kebawah


Lawatan Kebawah Duli Ke Kediaman Ketua Kg Jerudong


19.02.2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, telah bercemar Duli ke Kediaman Yang Mulia Awg Hj Mohd Rais Bin Hj Ishak, Ketua Kg Jerudong. Pada hari berkenaan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkesudian untuk berjunjung ziarah bersama rakyat baginda yang tinggal di Kg Jerudong. Pada hari tersebut juga baginda berkesempatan untuk sama-sama menyaksikan pameran kraft tangan dan permainan alat music tradisional (gulig tangan) yang diungkayahkan oleh ahli-ahli jawatankuasa MPK Jerudong sendiri.

Program Motivasi dan Kounseling Yang Diselangarakan bersama Oleh Majlis Perundingan Kampung Jerudong dengan Pihak Sekolah Rendah Jerudong


Penceramah Undangan Dr Ee Ah Meng
Murid-murid yang mengikuti Program tersebut


Sekolah Rendah Jerudong bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Jerudong telah menjalankan Program Motivasi dan Kounseling bagi murid-murid Darjah 6 Sekolah berkenaan yang akan menduduki peperiksan PSR pada tahun ini. Penceramah undangan ialah Yang Mulia Dr Ee Ah Meng daripada Unit Kounseling Kementerian Pendidikan. Majlis tersebut telah berlangsung pada 11.02.2009 bertempat di Sekolah Rendah Jerudong. Program tersebut merupakan kesinambungan program yang telah dijalankan pada tahun lepas dan merupakan usaha sama diantara kedua belah pihak. Objektif utama adalah bagi bertujuan meningkatkan prestasi pelajar-pelajar darjah 6 yang akan menghadapi peperiksaan PSR yang akan mereka hadapi. Dan program ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh AJK MPK Jerudong di dalam sama-sama membantu melahirkan anak tempatan kampong Jerudong yang maju dalam bidang pelajaran dan seterusnya menjadi peneraju Bangsa dan Negara.

Penerima Bantuan Mangsa Banjir 2009


Mangsa-mangsa banjir dan tanah susur telah menerima bantuan pada 16.02.2009 yang telah disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Sejumlah 24 orang penduduk kampung Jerudong telah pun menerima bantuan tersebut. Majlis tersebut telah pun diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.
Bagi Pihak mangsa-mangsa banjir dan tanah susur tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam di atas keperihatinan dan pemenduliaan Baginda melalui Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bahagian pembangunan masyarakat dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Daerah Brunei Muara. Yang mana bantuan tersebut adalah bertujuan bagi meringan kan bebanan yang dipikul oleh mangsa-mangsa banjir dan tanah susur berkenaan.

Jumaat, 6 Februari 2009

Jalan-Jalan Yang Diramalkan Berkemungkinan Akan Dilanda Banjir Jika Berlakunya Hujan Lebat

Jalan-jalan sepanjang kawasan Mukim Sengkurong dan Mukim Kilanas

Jalan-jalan sekita kawasan Kg Jangsak dan Kg Beribi Telanai


Kawasan Mukim Gadong


Kawasan Jalan Kg Bunut dan Sekitarnya

Sabtu, 17 Januari 2009

Salah Sebuah Sekolah Rendah Di Singapura Membuat Lawatan Ke Sekolah Rendah Jerudong

Perwakilan daripada Negara Singapura dan juga Guru-guru Sekolah Rendah Jerudong sama-sama menyaksikan persembahan daripada murid masing-masing.

Acara pengenalan kebudayaan tidak ketinggalan untuk di persembahkan. Acara Papat Jambul dipersembahkan kepada perwakilan Singapura dan mereka juga diberi peluang untuk sama-sama mencoba acara tersebut.

Murid-murid membuat persembahan.

Sekolah Rendah Jerudong dan juga salah sebuah sekolah rendah Singapura telah mengadakan program pertukaran aktiviti-aktiviti murid masing-masing perwakilan yang mana pada tahun 2008 yang telah lalu, Sekolah Rendah Jerudong telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah dan seterusnya mengalu-alukan ketibaan rombongan daripada Singapura. Tetamu Kehormat Majlis pada hari tersebut adalah Yang Mulia Hj Mohd Rais Bin Hj Ishak, Ketua Kampung Jerudong, yang juga berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan mereka.

Jumaat, 16 Januari 2009

Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Kepada Awg Hasan Bin Mahal @ Jamaluddin

Hj Mohd Rais Bin Hj Ishak, Ketua Kg Jerudong di dalam ucapan alu-aluan beliau pada majlis tersebut.
Ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dato Paduka Hj Mohd Yusof Bin Bakar, Pegawai Daerah Brunei Muara.
Tetamu Kehormat bersama-sama dengan Para Jemputan yang lainnya.

Tetamu Kehormat menyerahkan kunci rumah kepada Awg Hasan.

Majlis perasmian dan juga pembukaan rumah bantuan tersebut.


Para jemputan masuk kedalam rumah bagi sama-sama melihat keadaan rumah bantuan yang diberikan.


Melalui pemerhatian dan juga pemendulian Ketua Kg Jerudong serta Majlis Perundingan Kampung Jerudong, bantuan bagi pembinaan Rumah Bantuan terhadap Awg Hasan Bin Mahal telah dapat diungkayahkan. Yang mana pembinaan rumah tersebut adalah di atas kerjasama beberapa pihak yang berkenaan seperti Jabatan Daerah Brunei Muara, Majlis Ugama Islam, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Tanah, Jabatan Ukur dan beberapa perwakilan daripada pihak swasta antaranya Alam Bina Sdn Bhd. Maka di atas pemendulian semua pihak inilah terhasilnya rumah bantuan bagi Awg Hasan serta keluarga agar beliau dapat menjalani kehidupan harian beliau dengan lebih selesa lagi. berbanding dengan keadaan rumah beliau sebelumnya. Maka dengan ini pihak MPK Jerudong tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan projek tersebut. Semoga amalan mulia ini akan sentiasa berkekalan dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelbagai pihak sama ada pihak Kerajaan mahu pun pihak bukan kerajaan.