Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Khamis, 9 April 2009

Program Motivasi dan Kounseling Yang Diselangarakan bersama Oleh Majlis Perundingan Kampung Jerudong dengan Pihak Sekolah Rendah Jerudong


Penceramah Undangan Dr Ee Ah Meng
Murid-murid yang mengikuti Program tersebut


Sekolah Rendah Jerudong bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Jerudong telah menjalankan Program Motivasi dan Kounseling bagi murid-murid Darjah 6 Sekolah berkenaan yang akan menduduki peperiksan PSR pada tahun ini. Penceramah undangan ialah Yang Mulia Dr Ee Ah Meng daripada Unit Kounseling Kementerian Pendidikan. Majlis tersebut telah berlangsung pada 11.02.2009 bertempat di Sekolah Rendah Jerudong. Program tersebut merupakan kesinambungan program yang telah dijalankan pada tahun lepas dan merupakan usaha sama diantara kedua belah pihak. Objektif utama adalah bagi bertujuan meningkatkan prestasi pelajar-pelajar darjah 6 yang akan menghadapi peperiksaan PSR yang akan mereka hadapi. Dan program ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh AJK MPK Jerudong di dalam sama-sama membantu melahirkan anak tempatan kampong Jerudong yang maju dalam bidang pelajaran dan seterusnya menjadi peneraju Bangsa dan Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan