Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya. . Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu, . “Kau dari mana?” Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,” Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu? Jawabnya dari Kampung sana ..... “Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu. Jawab perempuan itu, “Inda bernama.” “Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.” . Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG. . Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan. . Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong. . Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong. Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.
Tanah-tanah Perkuburan Orang Islam Di Kampung Jerudong:
1.Tanah Perkuburan Jelutong. 2.Tanah Perkeburuan Sungai Pucung (Polo). 3.Tanah Perkuburan Bukit Bunga. 4.Tanah Perkuburan Ambun (Bebandai). 5.Tanah Perkuburan Sungai Limau. 6.Tanah Perkuburan Kanak-kanak. 7.Tanah Perkuburan Siligai. 8.Tanah Perkuburan Pulau Muda (Majawa). 9.Tanah Perkuburan Piasau.
Cerita Lagenda Kg Jerudong
Tapak Kaki – bernama Si Keruhai Si Keruhai seorang yang kuat dan telah membukitikan sehingga sekarang ia itu bekas sawar bubunya menuju Pulau Pugit. . Tempat tersebut diberi nama: Sungai Damit Sungai Besar . Babi Menjadi Batu: . Asal mula ceritanya Si Keruhai (Kauhai) membubu ikan dilaut, jadinya datang seekor babi memakan ikan hasil tangkapan disalai dari hasil tangkapan bubu si Keruhai (Kauhai). . Babi tersebut telah dipenggal oleh Si Keruhai Pisau yang digunakan bernama: "Kalam Pagi". . Apa yang menjadi kenyataan pada hari ini batu-batu yang berbaris memanjang menuju Pulau Pungit itu yang dikatan bekas sawar bubu Si Kauhai (Keruhai).
Selasa, 3 Januari 2012
Kempen Kebersihan Pantai Jerudong Dilaksanakan Oleh Beach Bun bersama MPK Jerudong
24.4.2011. Pasukan Beach Bun telah mengadakan kempen kebersihan Pantai Jerudong dengan usaha bersama MPK Kg Jerudong bagi sama-sama menjaga keindahan Pantai Jerudong.
-
*TUGU MERCU TANDA KAMPONG BELIMBING*
*PROFIL KAMPONG BELIMBING *
Kampong Belimbing merupakan salah sebuah kampong yang terkandung di dalam
Mukim Kota Ba...
GAMTA DIRAIKAN
-
Pasukan GAMTA berjaya dalam pertandingan
REGATA Brunei Darussalam 2013 yang
diadakan pada 3 Feb 2013
dengan memperolehi
Juara sebanyak 5 kali,
Naib Juara...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan