Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Khamis, 5 Januari 2012

Perlantikan AJK MPK Jerudong Yang Baru

Rombongan Lawatan Ke Kucing Kali Ke 2



Majlis Perundingan Kampong Jerudong telah mengadakan aktiviti lawatan ke Kucing kali ke 2 iaitu bermula daripada 22.12.2011 hingga 25.12.2011.  Peserta-peserta rombongan telah melawat kilang pembuatan kek lapis Serawak dan berkesempatan melihat cara-cara pembuatan kek lapis berkenaan.


Peserta rombongan juga berkesempatan untuk singgah dirumah Konsaltan Negara Brunei Darussalam yang menetap di Kucing Serawak.


Sambutan Maal Hijrah 1433



14.12.2011. Sambutan Maal Hijrah merupakan aktiviti tahunan yang diikuti dan dilaksanakan oleh MPK Jerudong bagi sama-sama memperbesarkan dan seterusnya merayakan hari-hari kebesaran Islam.  Matlamatnya adalah bagi mewujudkan lagi rasa cinta kepada Agama Islam itu sendiri disamping itu juga melalui aktiviti tersebut ianya mampu menanamkan sikap menjaga kesihatan.  Acara bagi sambutan tersebut adalah melakukan senaman ringan dan seterusnya melakukan walkathon.

Proses Membersihkan Tanah Susur



28.11.2011. Berikutan dengan keadaan musim hujan yang berlarutan, salah sebuah rumah di kampong Jerudong telah ditimpa musibah tanah susur.  Bak kata pepatah Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh, Sepakat Membawa Berkat Asas Hidup Bermasyarakat dan Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Dijinjing Sama, pepetah-pepatah sebeginilah yang cuba diterapkan oleh MPK Jerudong dikalangan penduduk kampong sendiri, sehubungan dengan itu satu aktiviti membersihkan tanah susur berkenaan telah diadakan. Semoga amalan yang berfaedah seperti ini akan terus dilaksanakan dari masa kesemasa.

Bengkel 1 Kampong 1 Produk Serta Lawatan Ke Kuala Belait dan Seria


9.11.2011, Untuk mencapai dan seterusnya merealisasikan matlamat negara bagi sama-sama mewujudkan 1 Kampong 1 Produk, maka MPK Jerudong telah pun mengambil iniseatif mengadakan bengkel 1 Kampong 1 Produk berkenaan. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada penduduk kampung Jerudong sendiri.  Bengkel berkenaan telah diadakan di rumah Ketua Kampong Jerudong sendiri iaitu di kediaman Awg Haji Mohamad Rais Bin Hj Ishak.


15.11.2011, Berikutan daripada bengkel yang telah dilaksanakan sebelumnya, satu aktiviti lawatan ke Kuala Belait dan juga Seria telah dilaksanakan sebagai aktiviti lanjutan bengkel berkenaan. Ianya bertujuan bagi melihat produk-produk yang dihasilkan oleh daerah berkenaan untuk dijadikan panduan dan juga ikutan di masa-masa akan datang.

Rabu, 4 Januari 2012

Perlawanan Gasing Pangkah Di Johor



29.10.2011, Pasukan Gasing Pangkah Kg Jerudong telah mewakili Negara Brunei Darussalam di dalam perlawanan gasing pangkah persahabatan bersama dengan pemain-pemain gasing pangkah Johor. Tahniah dan Syabas diucapakan kepada pasukan gasing pangkah kg Jerudong yang telah diberi kepercayaan untuk membawa nama Brunei ke peringkat luar negara.

Kejadian Angin Kencang Membinasakan 2 Buah Rumah Di Kg Jerudong



Ekoran daripada trajedi angin kencang yang melanda Kg Jerudong, 2 buah rumah telah pun dibinasakan oleh angin tersebut. Maka sehubungan dengan itu, Ketua Kg Jerudong telah pergi meninjau rumah-rumah berkenaan untuk diberikan bantuan yang sepatutnya.

Sambutan 50 Tahun Dewan Bahasa Dan Pustaka


17.9.2011, Bersempena dengan sambutan Jubli Perak penubuhan 50 tahun Dewan Bahasa Dan Pustaka yang telah di adakan di ICC, satu pameran menganai 7 puak yang terdapat di Negara Brunei Darussalam telah pun diadakan yang mana Kampung Jerudong juga telah dipilih untuk menyertai pameran tersebut.

Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Derma Anak Yatim



10.8.2011. Majlis Perundingan Kg Jerudong bersama-sama dengan AJK Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam mengadakan majlis berbuka puasa dan diselajuri dengan penyampaian derma anak yatim.

Membersihkan Tanah Perkuburan



31.7.2011, Seperti lazimnya sebaik sahaja bulan Ramadhan hampir tiba, maka umat Islam Kg Jerudong akan mengadakan kempen membersihkan Tanah Perkuburan yang terdapat di sekitar kawasan Kg Jerudong.  Aktiviti tersebut merupakan aktiviti tahunan yang sering diungkayahkan oleh MPK Kg Jerudong sendiri.