Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Ahad, 13 Mac 2011

Pelancaran Kumpulan Motorbike Jerudong Kali Pertama


Pada 2.01.2011, bertempat di Pantai Jerudong, beberapa ahli-ahli Motorbike Kg Jerudong mengadakan aktiviti jelajah dari kampong ke kampong. Pada hari berkenaan ianya merupakan pelancaran kali pertama sebagai permulaan aktiviti jelajah tahun 2011.

Aktiviti jelajah ini bukan setakat dari kampong ke kampong, malah ianya akan di laratkan dari daerah ke daerah yang lainya. Dan ianya merupakan aktiviti yang berterusan sepanjang tahun 2011 ini.

Senam Robik Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Rabiul Awal 1433


Pada 3.2.2011, bertempat di kawasan letak kerita Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam, Majlis Perundingan Kampong Jerudong bersama-sama dengan AJK Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam telah mengadakan senam robik sempena mengalu-alukan kedatangan bulan Rabiul Awal 1433.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang menarik bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul S.A.W.

Bengkel Satu Kampung Satu Produk



Kampong Jerudong telah terpilih untuk menyertai Bengkel "Satu Kampung Satu Produk" (Clair Specialist Dispatch Project 2010) anjuran kelolaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Bengkel ini merupakan salah satu iniseatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi sama-sama memajukan pengurusan kampong yang berkesan dan bagi mencapai matlamat wawasan negara untuk mewujudkan satu kampong satu produk.

Khamis, 30 Disember 2010

Walkathon Maal Hijrah 1432

Seperti lazimnya, setiap tahun, bagi memperbesarkan sambutan Awal Tahun Hijrah, Walkathon Maal Hijrah 1432 telah pun diungkayahkan, aktiviti tersebut merupakan anjuran bersama Takmir Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong, Takmir Masjid Al Ameera Al Hajjah Maryam Kg Jerudong dan MPK Kg Jerudong.  Walkathon tersebut bermula dari Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam dan berakhir di Masjid Sultan Sharif Ali.


Aktiviti Senam Sihat Anjuran Kementerian Kesihatan


Aktiviti Senam Sihat anjuran Kementerian Kesihat telah di adakan di kawasan letak kereta Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong yang mana bertujuan bagi mengalakkan warga Negara Brunei Darussalam khususnya warga mukim sengkurong sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.  Justeru itu, AJK MPK KG Jerudong juga tidak ketinggalan untuk menyertai aktiviti berkenaan.

Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan Membuat Lawatan Ke Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam

Pada hari terakhir lawatan, rombongan Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan juga diberi peluang untuk mengadakan beberapa aktiviti-aktiviti lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan juga menarik yang terdapat di Negara Brunei Darussalam ini. Antara tempat yang turut dilawati adalah Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam yang terdapat di Kg Jerudong sendiri. 


Majlis Makan Malam AJK MPK Kg Jerudong dengan Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan


Pada sebelah malam, para rombongan daripada Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan di bawa ke satu majlis Makan Malam bersama-sama dengan AJK MPK Kg Jerudong.  Dengan adanya majlis-majlis berkenaan, para peserta berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat serta buah fikiran terutama di dalam sama-sama memajukan kampong masing-masing.  Ini lah di antara salah satu objektif lawatan yang hendak dicapai.

Perlawanan Futsal Persahabatan

Pada 20 November 2010, bertempat di Dewan Hangar JKR, Majlis Perundingan Kg Jerudong telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan.  Perlawanan tersebut merupakan salah satu daripada perisian aktiviti lawatan Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan ke Kg Jerudong.  Diharap dengan adanya perlawanan persahabatan tersebut akan mengeratkan lagi hubungan di antara kedua belah pihak.


Selasa, 16 November 2010

Kunjungan Daripada Perbadanan Labuan Ke MPK Jerudong

Perbadanan daripada Wilayah Persekutuan Labuan akan membuat kunjungan ke MPK Jerudong pada 20-21. November 2010.  Di antara aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sepanjang kunjungan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Perlawanan Futsal Persahabatan.
  2. Melawat tempat-tempat menarik seperti Bukit Shahbandar dan Pantai Jerudong.
  3. Makan Malam.
  4. Pertukaran Cenderamata.
Kunjungan ini merupakan jalinan persahabatan di antara kedua belah pihak dan diharap dengan adanya kunjungan itu nanti, sedikit sebanyak ianya akan memberikan menfaat pada semua pihak khususnya MPK Jerudong agar terus bergiat aktif dan semakin maju kehadapan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha



Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga Kampong Jerudong dan sekitarnya, bahawa bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1431 H bersamaan 2010 M, Majlis Perundingan Kampong Jerudong bersama-sama dengan AJK Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam akan mengadakan Majlis Ibadah Korban seperti berikut :

Tarikh: 18.11.2010
Hari : Khamis.
Jam: 9.30 pagi hingga 11.30 pagi (mengagih-agihkan daging korban)
Tempat : Kawasan Masjid Al Ameerah Hajjah Maryam, Jerudong.

Daging-daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, warga emas yang tinggal di kampung Jerudong.

Pada tahun ini sebanyak 14 ekor Kerbau dikorbankan dan sebanyak  2 ekor Kerbau dijadikan sebagai aqikah.  Dalam hal ini Ketua Kg Jerudong merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang melakukan ibadah kurban tersebut dan perkara ini juga sangat-sangat dihargai. Hanya Allah sahajalah yang akan memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda Amin.

Sehubungan dengan itu, Penduduk-penduduk Kampong diminta sama-sama menghadirkan diri pada majlis berkenaan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.  Bantuan daripada biskita semua sangat-sangat diharapkan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha Tulus Ikhlas Daripada Majlis Perundingan Kampong Jerudong.