Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Ahad, 10 Januari 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Majlis Perundingan Kampong Jerudong mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru masihi 2010. Semoga di tahun baru ini, Kampong Jerodong akan lebih maju kehadapan demi menyahut seruan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam. Marilah kita semua sama-sama berhijrah daripada perkara yang tidak baik kepada perkara-perkara yang baik, berhijrah daripada perkara baik kepada perkara yang lebih baik dan begitulah seterusnya. Amalkanlah cara hidup bermuafakat sebagai asas hidup bermasyarakat. Masyarakat harmoni, masyarakat ceria akan melahirkan sebuah negara yang mengamalkan hidup yang rukun dan damai sesuai dengan cita-cita Baginda Sultan untuk melihat Negara Brunei Darussalam sebagai "Baldatun Thoibatun"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan