Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Ahad, 10 Januari 2010

Kampong Jerudong Makin Maju Setapak Lagi Dalam Menghasilkan Produk-produk Kampong

Kandang Ternakan Kambing. Lebih kurang 200 ekor kambing betina terdapat didalam ladang ternakan tersebut.

Ternakan kambing ini telah menghasilkan lebih kurang 64 ekor anak kambing yang baru lahir


Ladang Sayur-sayuran. Diantara sayur-sayuran yang ditanam adalah seperti sawi putih, sawi hijau, bayam dan kacang panjang



Pokok buah-buahan seperti pokok buah jambu batu, limau manis, cempedak dan nangka.


Tanaman pokok pisang juga mula dikoprasikan


Rumah Cendawan


Alhamdulillah Kampong Jerudong semakin maju setapak kehadapan lagi dalam menghasilkan produk-produk kampung yang berkualiti. Jika sebelum ini sepertimana yang diketahui bahawa Kampung Jerudong terkenal dengan hasil anyamannya dan kini Kampong ini mula mengorak langkah baru sebagai satu usaha bagi menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan produk-produk tempatan bagi keperluan dalam negara dan seterusnya luar negara insyaAllah. Seperti mana gambar-gambar yang terdapat di atas, produk-produk yang mula dihasilkan ialah seperti produk ternakan iaitu ternakan kambing. Selain itu produk tanam-tanaman juga telah mula diungkayahkan kearah melahirkan ladang-ladang komersial seperti tanaman sayur-sayuran, pokok buah-buahan tempatan dan juga tanaman cendawan. Usaha-usaha seperti ini akan sentiasa dipergiatkan dan dipertingkatkan penghasilannya dari masa kesemasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan