Semangat kerjasama dan bergotong royong dapat dipupuk melalui aktiviti sebegini.
Golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa masing-masing melakukan tugasan mereka yang tersendiri.
Penyampaian cendera hati kenangan-kenangan kepada anggota pasukan Bomba dan Penyelamat yang telah pun disampaikan oleh Yang Mulia Awg Hj Mohd Rais bin Hj Ishak, Ketua Kg Jerudong.
Ahad 30.08.09, Bulan Ramadahan bukan penghalang untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah apatah lagi aktiviti-aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang berkebajikan. Menyedari hal tersebut majlis Perundingan Kampung Jerudong dan ahli jawatankuasa takmir masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam Kg Jerudong telah pun sama-sama mengadakan kempen kebersihan kawasan Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam dengan dibantu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Cawangan Kg Jerodong. Ada pun diantara objektif kempen tersebut diadakan adalah bagi bertujuan memupuk semangat bersatu padu, bergotong royong dan menimbulkan rasa Ukhwah sesama Islam disamping ianya dapat mengeratkan lagi silatur rahim antara penduduk Kg Jerodong dan kawasan sekitarnya.