Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Sabtu, 17 Januari 2009

Salah Sebuah Sekolah Rendah Di Singapura Membuat Lawatan Ke Sekolah Rendah Jerudong

Perwakilan daripada Negara Singapura dan juga Guru-guru Sekolah Rendah Jerudong sama-sama menyaksikan persembahan daripada murid masing-masing.

Acara pengenalan kebudayaan tidak ketinggalan untuk di persembahkan. Acara Papat Jambul dipersembahkan kepada perwakilan Singapura dan mereka juga diberi peluang untuk sama-sama mencoba acara tersebut.

Murid-murid membuat persembahan.

Sekolah Rendah Jerudong dan juga salah sebuah sekolah rendah Singapura telah mengadakan program pertukaran aktiviti-aktiviti murid masing-masing perwakilan yang mana pada tahun 2008 yang telah lalu, Sekolah Rendah Jerudong telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah dan seterusnya mengalu-alukan ketibaan rombongan daripada Singapura. Tetamu Kehormat Majlis pada hari tersebut adalah Yang Mulia Hj Mohd Rais Bin Hj Ishak, Ketua Kampung Jerudong, yang juga berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan