Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Jumaat, 16 Januari 2009

Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Kepada Awg Hasan Bin Mahal @ Jamaluddin

Hj Mohd Rais Bin Hj Ishak, Ketua Kg Jerudong di dalam ucapan alu-aluan beliau pada majlis tersebut.
Ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dato Paduka Hj Mohd Yusof Bin Bakar, Pegawai Daerah Brunei Muara.
Tetamu Kehormat bersama-sama dengan Para Jemputan yang lainnya.

Tetamu Kehormat menyerahkan kunci rumah kepada Awg Hasan.

Majlis perasmian dan juga pembukaan rumah bantuan tersebut.


Para jemputan masuk kedalam rumah bagi sama-sama melihat keadaan rumah bantuan yang diberikan.


Melalui pemerhatian dan juga pemendulian Ketua Kg Jerudong serta Majlis Perundingan Kampung Jerudong, bantuan bagi pembinaan Rumah Bantuan terhadap Awg Hasan Bin Mahal telah dapat diungkayahkan. Yang mana pembinaan rumah tersebut adalah di atas kerjasama beberapa pihak yang berkenaan seperti Jabatan Daerah Brunei Muara, Majlis Ugama Islam, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Tanah, Jabatan Ukur dan beberapa perwakilan daripada pihak swasta antaranya Alam Bina Sdn Bhd. Maka di atas pemendulian semua pihak inilah terhasilnya rumah bantuan bagi Awg Hasan serta keluarga agar beliau dapat menjalani kehidupan harian beliau dengan lebih selesa lagi. berbanding dengan keadaan rumah beliau sebelumnya. Maka dengan ini pihak MPK Jerudong tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan projek tersebut. Semoga amalan mulia ini akan sentiasa berkekalan dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelbagai pihak sama ada pihak Kerajaan mahu pun pihak bukan kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan