Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Selasa, 16 November 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha



Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga Kampong Jerudong dan sekitarnya, bahawa bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1431 H bersamaan 2010 M, Majlis Perundingan Kampong Jerudong bersama-sama dengan AJK Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam akan mengadakan Majlis Ibadah Korban seperti berikut :

Tarikh: 18.11.2010
Hari : Khamis.
Jam: 9.30 pagi hingga 11.30 pagi (mengagih-agihkan daging korban)
Tempat : Kawasan Masjid Al Ameerah Hajjah Maryam, Jerudong.

Daging-daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, warga emas yang tinggal di kampung Jerudong.

Pada tahun ini sebanyak 14 ekor Kerbau dikorbankan dan sebanyak  2 ekor Kerbau dijadikan sebagai aqikah.  Dalam hal ini Ketua Kg Jerudong merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang melakukan ibadah kurban tersebut dan perkara ini juga sangat-sangat dihargai. Hanya Allah sahajalah yang akan memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda Amin.

Sehubungan dengan itu, Penduduk-penduduk Kampong diminta sama-sama menghadirkan diri pada majlis berkenaan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.  Bantuan daripada biskita semua sangat-sangat diharapkan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha Tulus Ikhlas Daripada Majlis Perundingan Kampong Jerudong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan