Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Khamis, 9 April 2009

Penerima Bantuan Mangsa Banjir 2009


Mangsa-mangsa banjir dan tanah susur telah menerima bantuan pada 16.02.2009 yang telah disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Sejumlah 24 orang penduduk kampung Jerudong telah pun menerima bantuan tersebut. Majlis tersebut telah pun diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.
Bagi Pihak mangsa-mangsa banjir dan tanah susur tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam di atas keperihatinan dan pemenduliaan Baginda melalui Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bahagian pembangunan masyarakat dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Daerah Brunei Muara. Yang mana bantuan tersebut adalah bertujuan bagi meringan kan bebanan yang dipikul oleh mangsa-mangsa banjir dan tanah susur berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan