Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Ahad, 13 Mac 2011

Aktiviti Mingguan MPK Kg Jerudong


MPK Kg Jerudong sering mengadakan aktiviti mingguan yang bermenfaat terutama bagi mewujudkan warga kg amnya dan jemaah masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam khasnya yang sentiasa dalam keadaan sihat dan cerga membawa kearah gaya hidup sihat. Aktiviti yang di jalankan adalah seperti melakukan senaman "Tai Chi" bagi memvariasikan cara senaman yang menarik dan secara tidak langsung menarik minat penduduk-penduduk kampong untuk menyertainya.

Kebakaran Kecil Berlaku Di Kg Jerudong


Pada 10.3.2011, satu kebakaran kecil di kg Jerudong telah berlaku, sehubungan dengan itu, Ketua Kg Jerudong menasihatkan penduduk-penduduk kampong agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi keselamatan bersama.

MPK Jerudong Mengadakan Aktiviti Mengatam Padi


Bagi mewujudkan kemesraan dikalangan penduduk-penduduk Kg Jerudong, MPK Kg Jerudong telah mengadakan aktiviti mengatam padi beramai-ramai. Aktiviti tersebut merupakan salah satu aktiviti yang sangat bermenfaat disamping memberikan pengalaman-pengalaman yang berharga kepada warga kampong yang belum pernah merasakan cara mengatam padi sebelum ini. Alhamdulillah aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat mengalakan di kalangan warga kg Jerudong.

Kejadian Tanah Susur Di Kg Jerudong


Pada masa ini, keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu hujan yang berpanjangan menyebabkan berlakunya beberapa kejadian tanah susur di Kg Jerudong. Sehubungan dengan itu, selaku Ketua Kampong Jerudong, perkara berkenaan juga diambil peduli bagi sama-sama mencari jalan penyelesaiannya dan dalam masa yang sama berusaha untuk memohon bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan bagi menangani masalah tersebut.

Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W 1433H/2011M

Aktiviti berdikir sepanjang 12 malam berturut-turut merupakan aktiviti tahunan yang sering dilaksanakan.


Majlis penutup dikir maulud.  Penduduk-penduduk kampong Jerudong sama-sama memeriahkannya.


Acara kemuncak adalah perarakan Maulud besar-besaran yang diadakan di padang Sultan Omali Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan.  MPK Jerudong juga tidak ketinggalan menyertainya.

Pelancaran Kumpulan Motorbike Jerudong Kali Pertama


Pada 2.01.2011, bertempat di Pantai Jerudong, beberapa ahli-ahli Motorbike Kg Jerudong mengadakan aktiviti jelajah dari kampong ke kampong. Pada hari berkenaan ianya merupakan pelancaran kali pertama sebagai permulaan aktiviti jelajah tahun 2011.

Aktiviti jelajah ini bukan setakat dari kampong ke kampong, malah ianya akan di laratkan dari daerah ke daerah yang lainya. Dan ianya merupakan aktiviti yang berterusan sepanjang tahun 2011 ini.

Senam Robik Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Rabiul Awal 1433


Pada 3.2.2011, bertempat di kawasan letak kerita Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam, Majlis Perundingan Kampong Jerudong bersama-sama dengan AJK Takmir Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam telah mengadakan senam robik sempena mengalu-alukan kedatangan bulan Rabiul Awal 1433.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang menarik bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul S.A.W.

Bengkel Satu Kampung Satu Produk



Kampong Jerudong telah terpilih untuk menyertai Bengkel "Satu Kampung Satu Produk" (Clair Specialist Dispatch Project 2010) anjuran kelolaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Bengkel ini merupakan salah satu iniseatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi sama-sama memajukan pengurusan kampong yang berkesan dan bagi mencapai matlamat wawasan negara untuk mewujudkan satu kampong satu produk.