Majlis Perundingan Kampung Jerudong


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejarah Kampung Jerudong

Sejarah Kampung Jerudong
"Penemuan Nama Jerudong"
Mengikut cerita orang tua-tua pada mulanya Kampung Jerudong belum mempunyai sebuah nama yang khusus. Mengikut cerita dari seorang pendudok Kampung Jerudong tuan Hj.Tujoh bin Mangol, pada suatu hari ada seorang perempuan membawa seekor kerbau dan mengikatnya di kawasan yang berumput untuk memberi makan kerbau peliharaannya.
.
Sambil perempuan itu menjaga kerbaunya yang sedang makan rumput lalu datang lah seorang lelaki. Lelaki tersebut tidak dikenali dari mana datangnya dan asal usulnya pun tidak diketahui. Lelaki yang datang itu pun bertanya kepada perempuan itu,
.
“Kau dari mana?”
Jawabnya perempuan itu, “Dari kampung,”
Lalu perempuan itu pun bertanya kepada lelaki itu, dari mana asal mu?
Jawabnya dari Kampung sana .....
“Apa nama kampung ani?” Tanya lelaki itu.
Jawab perempuan itu, “Inda bernama.”
“Bah mun miatu baik tah kita beri nama kampung ani.”
.
Mereka pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Aku mulai dan kedikau menyambong. Aku mulai dengan JA kau sambong tah.” Perempuan itu pun menyambong DONG.
.
Maka bernamalah kampung mereka dengan cantuman perkataan tadi iaitu JADONG (JERUDONG). Maka bernama lah Kampung tersebut dengan nama Jerudong daripada cantuman dua perkataan dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
.
Lelaki itu pun berpesan kepada perempuan itu, “Jangan kau lupakan nama kampung kitani.” Dimulut-mulut perempuan itu pun menyebut jaudong, sehinggakan kerbaunya pun diberi nama Jaudong.
.
Mengikut cerita, kedua-kedua mereka itu datang dari berlainan tempat. Dari cerita itu lah asalnya Jerudong.
Lelaki itu dikatakan datang dari kawasan Bukit Shahbandar dan perempuan itu datangnya dari kawasan pantai.

Ahad, 15 November 2009

Warga Kg Jerudong Bergiat Aktif Membuat Perusahaan Kecil-kecilan

Perusahaan Kecil-kecilan Pembuatan Kuih-Kuih Tradisional Brunei Darussalam:
Rumah Pembuatan Kuih Sapit Dan Moroku

Tempat Memasak

Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan kuih sapit

Kuih-kuih sapit dan juga kuih moroku yang telah dihasilkan sebelum proses pembungkusan dijalankan.

Rumah Daif Memerlukan Bantuan

Berdasarkan tinjauan Ketua Kg Jerudong bahawa masih terdapat lagi rumah yang berkeadaan daif yang memerlukan bantuan daripada pihak yang berkenaan. Rumah tersebut memerlukan beberapa pembaik pulihan bagi memberikan keselesaan kepada penghuni rumah berkenaan.

Gambar keadaan rumah daif berkenaan adalah seperti di bawah ini:


Rumah Terbiar!!!

Keadaan Sudut Rumah Berkenaan


Kawasan Hadapan Rumah Berkenaan


Kawasan Rumah Yang Terbiar


Gambar Rumah Terbiar Di Kampung Jerudong


Berdasarkan tinjau yang dilakukan oleh Ketua Kg Jerudong sendiri, beliau mendapat bahawa terdapatnya rumah terbiar di kawasan Kg Jerudong itu sendiri. Rumh berkenaan telah dibiarkan usang begitu saja tanpa adanya tanda-tanda untuk dilakukan pembaik pulihan keatasnya.

Sehubungan dengan itu diharap pihak-pihak yang berkenaan agar dapat membuat tinjauan sendiri keatas rumah tersebut dan melaksanakan tindakkan yang sepatutnya.

Perkara ini hendaklah diambil maklum kerana Ketua Kampung sendiri sering menerima aduan mengenai rumah terbiar tersebut dan apa yang ditakuti rumah berkenaan akan dijadikan tempat-tempat yang tidak sewajarnya jika rumah tersebut dibiarkan begitu saja. Tambahan lagi keadaan rumah tersebut secara tidak langsungnya akan mencemarkan pemandangan indah Kg Jerudong.

Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Daerah Brunei Muara Bersama Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kg Daerah Brunei dan Muara Tahun 2009


17.10.2009, Dewan Muhibbah Jabatan Daerah Brunei Dan Muara, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430 / 2009.

Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga Jabatan Daerah dan juga Penghulu-penghulu serta Ketua-ketua Kampung Daerah Brunei Muara.

Mahasiswa dan Mahasiswi UBD Melakukan Penyelidikan Tentang Bahasa Kedayan

Pada 15.10.2009, seramai dua orang mahasiswa dan mahasiswi daripada UBD telah mengadakan penyelidikan mengenai Bahasa Kedayan. Penyelidikan tersebut telah diadakan di rumah ketua Kg Jerudong sendiri.

Tiga orang warga emas Kg Jerudong iaitu Yang Mulia Awg Hj Untong Bin Yussuf , Yang Mulia Awg Hj Kahan Bin Hj Bakir dan Dyg Hjh Niga Bte Sabtu telah memberikan beberapa informasi mengenai Bahasa Kedayan. Diantara yang diperjelaskan adalah mengenai bahasa, dailek (cara bertutur) bahasa kedayan itu sendiri.

Inilah salah satu cara MPK Jerudong bagi sama-sama memastikan kebudayaan dan bahasa-bahasa asli rakyat Brunei tidak hilang ditelan zaman.

OCS POLIS Sengkurong Berhari Raya

10.10.2009, Serombongan OCS POLIS cawangan Balai Polis Sengkurong mengadakan kunjungan berhari raya ke rumah Ketua Kampung Jerudong iaitu bagi sama-sama mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara pasukan Polis berkenaan bersama-sama dengan AJK MPK Jerudong.

Turut hadir beramah mesra pada hari berkenaan juga adalah beberapa rombongan Guru-guru daripada Sekolah Rendah Jerudong dan Guru-guru Sekolah Ugama Jerudong.

Dengan adanya majlis seperti ini diharap ianya akan dapat dijadikan sebagai satu langkah bagi menyatu padukan penduduk-penduduk kampung Jerudong khasnya dan rakyat Negara Brunei Darussalam amnya dalam proses pembentukan negara yang aman dan harmoni.